sktsssm-6-200033.zoom-a.com
Laman Peribadi
UMAR NASRULLAH BIN ZULKIFLI

E-mel : sktsssm-6-200033@zoom-a.com
| PERTANDINGAN | LAMAN UTAMA | PENGHARGAAN | MUZIUM NEGARA (DAMANSARA) | ZOO NEGARA (GOMBAK) | KOTA MAHSURI (LANGKAWI) | DATARAN LANG (LANGKAWI) | AIR TERJUN TEMURUN (LANGKAWI) | KERETA KABEL LANGKAWI (LANGKAWI) | LANGKAWI SKY BRIDGE (LANGKAWI) | UNDERWATER WORLD LANGKAWI (LANGKAWI) | RUMAH P.RAMLEE (PENANG) | MASJID KAPITAN KELING (PENANG) | MUZIUM KAMERA (PENANG) | BUKIT BENDERA (PENANG) | JURASSIC RESEARCH CENTRE (PENANG) |

 

Tempat Menarik Di Langkawi 1

3. NAMA TEMPAT: KOTA MAHSURI

PENERANGAN/SEJARAH: Mengikut lagenda, dipercayai bahawa Kota Mahsuri merupakan tempat di mana mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan.

Siapa Mahsuri ?

Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi Mahsuri untuk melawan tentera Siam.

Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Mahsuri juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau.

 

Kota Mahsuri ini terletak di mukim Ulu Melaka 12km dari Pekan Kuah berhampiran dengan lapangan terbang Padang Matsirat.

Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang melambangkan seni bina rumah Langkawi yang popular pada ketika itu.

Tempat ini juga dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Di dalam kompleks tersebut juga terdapat sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri .

 

Anda juga boleh membeli cenderamata yang bertemakan Langkawi untuk di bawa pulang sebagai hadiah atau kenangan kerana banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata di sini.

Jika anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa, jangan risau kerana tempat letak kereta percuma.

Bayaran sebanyak RM0.50 sen akan dikenakan jika anda ingin menggunakan tandas awam. Terdapat kolam ikan di pintu masuk untuk mengalu-alukan anda, air yang sangat hijau dan kawasan sekitar yang bersih juga menjadi salah satu tarikan selain daripada cerita sejarah disebaliknya.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: