|
||||||||||
5. NAMA TEMPAT: AIR TERJUN TEMURUN PENERANGAN/SEJARAH: Air Terjun Temurun yang terletak di Datai Bay adalah air terjun 3 tingkat yang tertinggi di Langkawi. Air terjun ini diairi oleh air sungai daripada utara Gunung Mat Cincang. Batuan yang terdapat di kawasan air terjun ini dikatakan telah berusia mencecah 500 juta tahun. Dari tempat meletak kereta di laluan utama, kawasan air terjun yang terendah dapat diakses dalam hanya 5 minit berjalan kaki. Laluan di dalam hutan rimba Gunung Mat Cincang yang disediakan sepanjang perjalanan ke kawasan air terjun juga cukup mesra pengunjung, lengkap dengan beberapa buah gazebo yang boleh anda singgahi untuk merehatkan badan dan menghirup kesegaran oksigen yang ditawarkan. Sebagai peringatan, Air Terjun Temurun adalah sebuah tarikan yang mengikut musim yang mana anda dapat menikmati curahan air yang banyak hanya ketika musim hujan iaitu dari bulan September – Oktober.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |