|
||||||||||
6. NAMA TEMPAT: KERETA KABEL PENERANGAN/SEJARAH: Menggunakan teknologi yang didatangkan dari Swizerland, tak perlulah anda risau sampai menggeletar bila menjejakkan kaki ke dalam Kereta Kabel Langkawi. Semasa menaiki kereta kabel ini nanti, anda sekeluarga boleh menikmati pemandangan flora dan fauna di sekitar yang mencakupi hutan belantara, Air Terjun Telaga Tujuh, lautan yang membiru sehinggalah ke kepulauan di Thailand. Panorama mengujakan ini bukan sahaja dapat dilihat melalui tingkap tapi juga melalui lantai kacanya. Kalau gayat, janganlah tengok bawah ya? Laluan kereta kabel ini secara keseluruhannya berkepanjangan 2.2 km dengan aerial atau tali kabel yang bersambung dari Oriental Village di Teluk Burau hinggalah ke puncak Gunung Mat Cincang. Dengan jarak sebegini jauh, kereta kabel Langkawi merupakan yang terpanjang di dunia. Masa yang diambil untuk ke puncak adalah dalam sekitar 15 minit. Dinasihati anda semak jadual penyelengaraan Cable Car di laman web rasmi panoramalangkawi.com sebelum datang.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |