|
||||||||||
4. NAMA TEMPAT: DATARAN LANG PENERANGAN/SEJARAH: Datang ke Langkawi tapi terlupa nak bergambar dengan arca burung helang ni? Anda wajib patah balik! Burung helang gergasi di Dataran lang ini adalah mercu tanda terpenting di Langkawi. Mesti anda tertanya-tanyakan, apa sebenarnya kaitan burung helang dengan Langkawi? Berdasarkan bahasa Melayu klasik, ‘kawi’ bermaksud perang yang kemerahan, manakala ‘lang’ pula adalah daripada perkataan ‘helang’, maka, Langkawi sebenarnya bermaksud burung helang yang berwarna perang kemerahan. Namun ada juga yang mengatakan bahawa Langkawi ini adalah gabungan dua perkataan Sanskrit iaitu ‘langka’ dan juga ‘wi’ yang membawa maksud ‘keindahan’ dan ‘tidak terkira’. Walau apa pun maksud sebenarnya, anda tidak patut melepaskan peluang untuk bergambar berlatar belakangkan arca ini dan untuk singgah ke Dataran Lang ini kerana dari sini anda juga dapat menyaksikan pemandangan yang mengagumkan di sekitar Kuah Bay.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |